Friday, October 2, 2009

HANTU INSPIRASI M.JAMIL


Cerita hantu sememangnya telah sebati dengan kehidupan masyarakat di Malaysia. Sejak kecil kita telah dihidangkan dengan pelbagai jenis cerita hantu yang adakalanya mengganggu tidur. Walaupun penceritaannya sedikit sama, namun ia adalah daripada versi yang berbeza.
Atas sebab itulah, pengarah Momok The Movie, M. Jamil telah mengambil kesempatan daripada cerita berunsur rakyat itu untuk dipersembahkan dalam bentuk filem.
"Saya tengok pada 2004, banyak cerita hantu membanjiri pawagam kita so saya telah membuat satu filem eksperimental berjudul Momok yang memuatkan kisah-kisah hantu yang biasa kita dengar saban hari.
"Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan ia menjadi pencetus kepada Momok The Movie. Namun begitu, kami yang terlibat banyak melakukan kajian untuk memberikan impak yang lebih berkesan kepada penonton dan semua lokasi penggambaran dilakukan di tempat sebenar kejadian itu berlaku," kata beliau yang turut bekerjasama dengan Uncle Seekers dalam filem ini.


Walau bagaimanapun, pengarah menjelaskan filem ini turut menyelitkan elemen lawak dalam seram kerana masih tertakluk kepada lingkungan undang-undang. Ia juga adalah langkah berjaga-jaga untuk mengelakkannya daripada guntingan FINAS. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini turut menampilkan Faizal AF4, Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah Ibrahim, Nabil, Ruminah Sidek dan ramai lagi."Saya memilih Faizal AF4 menjadi tunggak utama kerana beliau begitu sesuai dengan karektor yang ingin disampaikan dalam filem ini. Saya memang berpuas hati dengan hasil yang dikeluarkan dan berharap agar dapat kembali pulangan modal yang telah dilaburkan dalam filem ini," kata pengarah yang juga pernah mengarah filem kontroversi Tarik Tarik.

Filem ini mengisahkan Adlin (Faizal) pulang ke kampungnya untuk bercuti. Namun, disebabkan telah lama berhijrah ke luar, Adlin tidak mengetahui keadaan kampung yang berubah. Ketika bertemu rakannya, Kadir (Abon) mereka telah singgah ke Warung Pak Ajis (Aziz Sattar) dan mula berceritakan kisah seram untuk meluangkan masa. Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat, Mayat Hidup di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara dalam filem ini.

Filem komedi seram ini bakal ditayangkan pada 20 September 2009.

No comments:

Post a Comment