Pelbagai judul filem yang telah diterbitkan untuk memberikan hiburan di malaysia. Salah satunya adalah TALENTIME. Filem arahan Yasmin Ahmad ini akan menemui penonton pada 26 Mac 2009 nanti di seluruh negara. Berikut adalah sinopsis filem Talentime ini.
Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati – Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah. Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak.

Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.
Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh. Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri.
Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya?
Di malam Talentime, segalanya terungkai.


Saksikanlah fileM ini yang akan memberikan pengajaran sambil menerapkan nilai-nilai murni yang boleh diambil iktibar oleh masyarakat kita.Seperti yang telah kita ketahui juga bahawa pengarah filem kesayangan kita, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman. Kejadian ini merupakan suatu kehilangan yang besar dalam industry flem tempatan, kerana beliau merupakan seorang wanita yang begitu berwibawa dan berkebolehan dalam menghasilkan setiap filem melayu. Disamping beliau juga sering memenangi setiap anugerah filem yang dipertandingkan. Baru-baru ini beliau telah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia yamg telah diadakan da UMS Sabah.Diharap karya allahyarham terus diungguli di mata masyarakat


No comments:
Post a Comment