Friday, October 2, 2009

uMIe aIDA sELamAT bErtUnaNG...


Umie diapit ibu (kanan) dan bakal mentua (kiri).

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati si ibu apabila anak perempuan yang dikandung bergelar tunangan orang setelah 36 tahun hidup tanpa insan bergelar lelaki.
Begitulah harapan ibu kepada aktres Umie Aida apabila anak gadisnya itu telahpun berjumpa jejaka pilihan hatinya setelah sekian lama hidup solo.
Bagi pemilik nama Umi Kalsom Rahmad atau lebih dikenali dengan nama Umie Aida, perkenalan dengan sang jejaka lima bulan lepas telah membuka hatinya yang selama ini terkatup rapat untuk mana-mana lelaki.
Tentunya pilihan hati Umie bukanlah calang-calang kerana setelah berjaya menambat hati pelakon popular ini, pasangan merpati dua sejoli ini bakal melangsungkan perkahwinan selewat-lewatnya awal tahun depan. Satu masa yang cukup singkat dan berani diambil, namun menurut Umie hatinya telah terpaut pada sikap pemalu dan komited yang ditunjukkan Datuk Khairudin Abu Hassan yang lebih mesra digelar ‘abang’ olehnya.


Wajah ceria bakal isteri orang.

Abang merupakan teman bisnes Erma tapi kami memang tak pernah bercakap sebelum ini. Saya hanya mengenalinya apabila beliau banyak membantu semasa arwah ayah sakit. Saya tak berani nak puji lebih-lebih tapi setakat ini saya nampak kesungguhannya memikul tanggungjawab.
“Karakter abang memang sangat berbeza dengan saya. Dia seorang yang pemalu dan saya pula sebaliknya. Mungkin ini salah satu tarikan yang ada pada dia.

“Saya akui agak seriau juga nak lepaskan kebebasan yang dikecapi selama ini namun dia bijak membuatkan saya faham erti komitmen yang harus dipikul. Memang saya tak ada impikan perkahwinan yang bagaimana kerana sejak dulu lagi saya telah tetapkan untuk tidak berkahwin namun jodoh di tangan tuhan,” ujar Umie anggun mengenakan persalinan berwarna biru.
Majlis diadakan di kondominium mewah hadiah sempena perkahwinannya nanti. Perhubungan ini juga diterima baik kedua-dua anak Umie, Mohd. Daniel Firdaus, 15 dan Mohd. Dzulhelmy, 14 yang menyifatkan bakal ayah mereka seorang yang sangat mengambil berat dan baik.

antara tetamu yang hadir...

No comments:

Post a Comment