Friday, October 2, 2009

pINtu hATI suDAh tERtUtUP UNtuK FAIzaL..

Tiada setitik pun airmatanya tumpah ketika disoal mengenai mahligai yang dibina tiga tahun, runtuh sekelip mata. Ketabahan dan kekuatan yang ada padanya untuk menguraikan persoalan demi persoalan menunjukkan kematangan wanita tersebut dalam kehidupannya.

"Bukan niat membuka pekung di dada, namun Nana ingin jelaskan apa sebenarnya yang berlaku agar tiada fitnah timbul," ujar Siti Nurdiana yang lebih mesra disapa dengan nama Nana.
Siti Nurdiana, 25, kini sedang menunggu keputusan mahkamah berikutan lafaz cerai talak dua yang dilafazkan suaminya, Mohd Faizal, menerusi telefon.
"Memang dia sebut nama Nana semasa lafazkan cerai talak dua. Sebelum ini, pada bulan yang sama juga, dia pernah melafazkan untuk melepaskan Nana tapi kami berbincang dan memutuskan untuk berbaik kembali. Tapi selepas difikirkan kembali kami memang tidak boleh bersama kerana tiada persefahaman lagi maka terucaplah kata-kata keramat tersebut.


"Masalah ini mula Nana hidu sejak bulan lima tahun ini juga namun Nana kuatkan hati kerana sayangkan keluarga kami. Sudah sebulan tidak sebumbung dan akhirnya kami sepakat mencapai kata putus. Memang banyak Nana dengar gosip mengenai orang ketiga dalam rumahtangga kami namun ia tidak benar sama sekali. Nana banyak kali buat solat meminta petunjuk dan bayangan yang diterima tetap sama. Dia semakin jauh daripada Nana.

"Dia terlalu sibuk dengan shooting dan apabila balik, Nana dan Rayyan sudah pun tidur so kurang komunikasi di situ. Sejak awal perkahwinan kami memang selalu berbalah dari segi pendapat namun kami tetap berusaha menjaga keutuhan hubungan ini. Memang orang kata tahun ketiga perkahwinan banyak dugaannya, namun Nana serahkan semuanya pada takdir atas apa yang berlaku," katanya yang memfailkan cerai di Seremban.

Memegang gelaran janda pada usia muda bukannya mudah, apatah lagi dengan tanggungjawab sebagai ibu tunggal yang bakal digalasnya kini.

"Nana kuatkan diri untuk berdepan dengan orang ramai kerana Nana tahu mereka akan bertanya apa yang berlaku. Sebelum ini mungkin Nana akan menangis, namun sekarang Nana lebih kuat dan tenang menghadapinya. Rayyan juga pandai menghiburkan hati Nana hingga membuatkan terlupa dengan dugaan yang melanda.

"Faizal juga banyak mengajar Nana erti kehidupan yang sebenar dan Nana tak pernah menyesal berkahwin dengannya. Nana juga bersyukur dia sangat memahami apabila membenarkan Nana menjaga Rayyan.

"Buat masa ini memang Nana trauma untuk berkahwin lagi namun Nana tahu bukan semua lelaki jahat dan tidak menghargai wanita. Kawan-kawan banyak beri sokongan sehingga datang kekuatan dalam diri. Nampak Nana tenang, namun di dalam hati hanya tuhan yang tahu," katanya yang banyak meluahkan perasaan kepada ibunya mengenai apa yang berlaku.



BUAT COMEBACK

Walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap di Kolej Unity sebagai Kaunselor Pendidikan, namun Nana menjelaskan dirinya akan membuat kemunculan semula setelah lebih dua tahun menyepikan diri.

"Selama tak aktif, Nana sebenarnya banyak memenuhi undangan nyanyian pada hujung minggu dan nampaknya kontrak Nana bersama FMC masih ada so tak salah sekiranya Nana buat comeback. Mengikut perancangan, mungkin Nana akan berduet dengan Achik untuk lagu terbaru," ujarnya yang akan menyambut Aidilfitri bersama

No comments:

Post a Comment