Friday, October 2, 2009

AwaL TEmUI gADIS IDamAN..


Awal Ashari kini mengakui dirinya sudahpun menjadi milik seseorang. Walaupun masih dalam proses mengenal hati budi, namun jejaka berusia 28 tahun ini menyifatkan dirinya cukup bertuah dapat mendekati gadis idamannya selama ini.

"Awal pernah cuba tackle dia dua tahun lepas tapi dia menolak. Awal berhenti hubungi dia seketika dan beberapa bulan lepas kami berjumpa semula dan Awal cuba kembali untuk tawan hati dia dan syukur dia dapat menerima diri Awal seadanya.

"Awal terpikat sebab dia seorang yang sangat independent, bukannya jenis yang mengada-ngada dan sangat berbeza daripada sifat Awal yang manja ni. Sebelum ini memang Awal ada rapat dengan beberapa artis wanita, namun hati belum terbuka untuk bercinta. Kebetulan dia datang pada waktu dan masa yang tepat sehingga hati Awal jadi berbunga-bunga menerima kehadirannya dalam hidup," katanya yang hampir tiga tahun bergelar solo selepas putus cinta pada 2006.
Tidak mengiya mahupun menafikan buah hatinya itu adalah individu yang terlibat dalam industri hiburan tanah air, namun beliau mengakui kekasihnya itu berada dalam lingkungan kehidupan hariannya dan lebih muda daripadanya.

MURAH REZEKI


Sepanjang bulan Ramadhan ini, selain berlakon dan mengacara, Awal juga aktif menjalankan perniagaan butik bersama Dynaz di Hartamas dan kiosk kasut di The Curve bersama adiknya.
"Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dan Awal dapat bahagikan masa dengan baik setakat ini. Awal juga akan bergandingan dengan Fahrin selaku pengacara dalam Sehati Berdansa musim ketiga, namun pengacara wanita masih dalam proses pencarian.
"Awal bersyukur masih diberi kepercayaan oleh pihak Astro untuk meneruskan kerjaya. Namun jika diberi pilihan, Awal akan lebih mengutamakan bidang pengacaraan berbanding lakonan," katanya yang bakal mengelolakan Rentak Bolly yang akan bersiaran di Astro B4U setiap Jumaat.

No comments:

Post a Comment