Friday, October 2, 2009

pINtu hATI suDAh tERtUtUP UNtuK FAIzaL..

Tiada setitik pun airmatanya tumpah ketika disoal mengenai mahligai yang dibina tiga tahun, runtuh sekelip mata. Ketabahan dan kekuatan yang ada padanya untuk menguraikan persoalan demi persoalan menunjukkan kematangan wanita tersebut dalam kehidupannya.

"Bukan niat membuka pekung di dada, namun Nana ingin jelaskan apa sebenarnya yang berlaku agar tiada fitnah timbul," ujar Siti Nurdiana yang lebih mesra disapa dengan nama Nana.
Siti Nurdiana, 25, kini sedang menunggu keputusan mahkamah berikutan lafaz cerai talak dua yang dilafazkan suaminya, Mohd Faizal, menerusi telefon.
"Memang dia sebut nama Nana semasa lafazkan cerai talak dua. Sebelum ini, pada bulan yang sama juga, dia pernah melafazkan untuk melepaskan Nana tapi kami berbincang dan memutuskan untuk berbaik kembali. Tapi selepas difikirkan kembali kami memang tidak boleh bersama kerana tiada persefahaman lagi maka terucaplah kata-kata keramat tersebut.


"Masalah ini mula Nana hidu sejak bulan lima tahun ini juga namun Nana kuatkan hati kerana sayangkan keluarga kami. Sudah sebulan tidak sebumbung dan akhirnya kami sepakat mencapai kata putus. Memang banyak Nana dengar gosip mengenai orang ketiga dalam rumahtangga kami namun ia tidak benar sama sekali. Nana banyak kali buat solat meminta petunjuk dan bayangan yang diterima tetap sama. Dia semakin jauh daripada Nana.

"Dia terlalu sibuk dengan shooting dan apabila balik, Nana dan Rayyan sudah pun tidur so kurang komunikasi di situ. Sejak awal perkahwinan kami memang selalu berbalah dari segi pendapat namun kami tetap berusaha menjaga keutuhan hubungan ini. Memang orang kata tahun ketiga perkahwinan banyak dugaannya, namun Nana serahkan semuanya pada takdir atas apa yang berlaku," katanya yang memfailkan cerai di Seremban.

Memegang gelaran janda pada usia muda bukannya mudah, apatah lagi dengan tanggungjawab sebagai ibu tunggal yang bakal digalasnya kini.

"Nana kuatkan diri untuk berdepan dengan orang ramai kerana Nana tahu mereka akan bertanya apa yang berlaku. Sebelum ini mungkin Nana akan menangis, namun sekarang Nana lebih kuat dan tenang menghadapinya. Rayyan juga pandai menghiburkan hati Nana hingga membuatkan terlupa dengan dugaan yang melanda.

"Faizal juga banyak mengajar Nana erti kehidupan yang sebenar dan Nana tak pernah menyesal berkahwin dengannya. Nana juga bersyukur dia sangat memahami apabila membenarkan Nana menjaga Rayyan.

"Buat masa ini memang Nana trauma untuk berkahwin lagi namun Nana tahu bukan semua lelaki jahat dan tidak menghargai wanita. Kawan-kawan banyak beri sokongan sehingga datang kekuatan dalam diri. Nampak Nana tenang, namun di dalam hati hanya tuhan yang tahu," katanya yang banyak meluahkan perasaan kepada ibunya mengenai apa yang berlaku.



BUAT COMEBACK

Walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap di Kolej Unity sebagai Kaunselor Pendidikan, namun Nana menjelaskan dirinya akan membuat kemunculan semula setelah lebih dua tahun menyepikan diri.

"Selama tak aktif, Nana sebenarnya banyak memenuhi undangan nyanyian pada hujung minggu dan nampaknya kontrak Nana bersama FMC masih ada so tak salah sekiranya Nana buat comeback. Mengikut perancangan, mungkin Nana akan berduet dengan Achik untuk lagu terbaru," ujarnya yang akan menyambut Aidilfitri bersama

HANTU INSPIRASI M.JAMIL


Cerita hantu sememangnya telah sebati dengan kehidupan masyarakat di Malaysia. Sejak kecil kita telah dihidangkan dengan pelbagai jenis cerita hantu yang adakalanya mengganggu tidur. Walaupun penceritaannya sedikit sama, namun ia adalah daripada versi yang berbeza.
Atas sebab itulah, pengarah Momok The Movie, M. Jamil telah mengambil kesempatan daripada cerita berunsur rakyat itu untuk dipersembahkan dalam bentuk filem.
"Saya tengok pada 2004, banyak cerita hantu membanjiri pawagam kita so saya telah membuat satu filem eksperimental berjudul Momok yang memuatkan kisah-kisah hantu yang biasa kita dengar saban hari.
"Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan ia menjadi pencetus kepada Momok The Movie. Namun begitu, kami yang terlibat banyak melakukan kajian untuk memberikan impak yang lebih berkesan kepada penonton dan semua lokasi penggambaran dilakukan di tempat sebenar kejadian itu berlaku," kata beliau yang turut bekerjasama dengan Uncle Seekers dalam filem ini.


Walau bagaimanapun, pengarah menjelaskan filem ini turut menyelitkan elemen lawak dalam seram kerana masih tertakluk kepada lingkungan undang-undang. Ia juga adalah langkah berjaga-jaga untuk mengelakkannya daripada guntingan FINAS. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini turut menampilkan Faizal AF4, Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah Ibrahim, Nabil, Ruminah Sidek dan ramai lagi."Saya memilih Faizal AF4 menjadi tunggak utama kerana beliau begitu sesuai dengan karektor yang ingin disampaikan dalam filem ini. Saya memang berpuas hati dengan hasil yang dikeluarkan dan berharap agar dapat kembali pulangan modal yang telah dilaburkan dalam filem ini," kata pengarah yang juga pernah mengarah filem kontroversi Tarik Tarik.

Filem ini mengisahkan Adlin (Faizal) pulang ke kampungnya untuk bercuti. Namun, disebabkan telah lama berhijrah ke luar, Adlin tidak mengetahui keadaan kampung yang berubah. Ketika bertemu rakannya, Kadir (Abon) mereka telah singgah ke Warung Pak Ajis (Aziz Sattar) dan mula berceritakan kisah seram untuk meluangkan masa. Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat, Mayat Hidup di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara dalam filem ini.

Filem komedi seram ini bakal ditayangkan pada 20 September 2009.

TomOK kEPinGin BelAKon...


Memulakan karier bersama New Boys, Shah Indrawan atau lebih dikenali dengan nama Tomok kini mengorak langkah lebih jauh setelah berjaya memenangi One In A Million (OIAM) 3.
"Terpulang kepada peminat nak menilai sejauhmana kemampuan Tomok kerana Tomok sudah buktikan dalam OIAM3 dengan imej dan muzik yang sangat berbeza. So tak timbul soal sama seperti dulu atau tidak. Apa yang penting Tomok cuba buat kelainan," katanya.
Tampil solo dalam album terbaru kerana baginya kini imej yang dicipta jauh berbeza dengan penampilan sewaktu bersama kumpulan yang popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang itu.

"New Boyz masih lagi bergerak seperti dulu namun Tomok lebih menumpukan untuk bergerak solo. Selain itu, Tomok ada menerima tawaran berlakon dan memang Tomok teringin nak mencuba sesuatu yang baru walaupun pernah berlakon beberapa telemovie dan drama sebelum ini.

"Selagi tak cuba, Tomok pun tak tahu sejauh mana bakat lakonan yang ada. Memang Tomok ada pengalaman berlakon tapi belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan dan kalau boleh Tomok nak cuba semua watak. Namun fokus utama tetap kepada nyanyian dan Tomok pun ada menulis lagu untuk album sendiri," ujar Tomok tersenyum.
Tomok lebih senang membicarakan soal karier berbanding kisah cintanya, namun mengakui dirinya kini sedang rapat dengan seseorang.

"Teman Tomok bukan daripada kalangan orang industri ini. Tomok lebih senang fokus kepada karier kerana Tomok bekerja keras untuk dapat apa yang ada sekarang ini," ujarnya ringkas.

AwaL TEmUI gADIS IDamAN..


Awal Ashari kini mengakui dirinya sudahpun menjadi milik seseorang. Walaupun masih dalam proses mengenal hati budi, namun jejaka berusia 28 tahun ini menyifatkan dirinya cukup bertuah dapat mendekati gadis idamannya selama ini.

"Awal pernah cuba tackle dia dua tahun lepas tapi dia menolak. Awal berhenti hubungi dia seketika dan beberapa bulan lepas kami berjumpa semula dan Awal cuba kembali untuk tawan hati dia dan syukur dia dapat menerima diri Awal seadanya.

"Awal terpikat sebab dia seorang yang sangat independent, bukannya jenis yang mengada-ngada dan sangat berbeza daripada sifat Awal yang manja ni. Sebelum ini memang Awal ada rapat dengan beberapa artis wanita, namun hati belum terbuka untuk bercinta. Kebetulan dia datang pada waktu dan masa yang tepat sehingga hati Awal jadi berbunga-bunga menerima kehadirannya dalam hidup," katanya yang hampir tiga tahun bergelar solo selepas putus cinta pada 2006.
Tidak mengiya mahupun menafikan buah hatinya itu adalah individu yang terlibat dalam industri hiburan tanah air, namun beliau mengakui kekasihnya itu berada dalam lingkungan kehidupan hariannya dan lebih muda daripadanya.

MURAH REZEKI


Sepanjang bulan Ramadhan ini, selain berlakon dan mengacara, Awal juga aktif menjalankan perniagaan butik bersama Dynaz di Hartamas dan kiosk kasut di The Curve bersama adiknya.
"Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dan Awal dapat bahagikan masa dengan baik setakat ini. Awal juga akan bergandingan dengan Fahrin selaku pengacara dalam Sehati Berdansa musim ketiga, namun pengacara wanita masih dalam proses pencarian.
"Awal bersyukur masih diberi kepercayaan oleh pihak Astro untuk meneruskan kerjaya. Namun jika diberi pilihan, Awal akan lebih mengutamakan bidang pengacaraan berbanding lakonan," katanya yang bakal mengelolakan Rentak Bolly yang akan bersiaran di Astro B4U setiap Jumaat.

DAVID TEOH BUAT FILEM UNTUK UNTUNG


"Jika produser buat filem untuk anugerah, bersedialah untuk mengalami kerugian. Saya buat filem untuk penonton bukan untuk juri. Saya lihat banyak filem yang memenangi anugerah kurang kadar penontonnya dan tidak mendapat pulangan yang memberansangkan kerana hanya dipersembahkan kepada juri.
"Selain itu, jika buat filem janganlah syok sendiri kerana ia akan menjatuhkan industri perfileman kita. Prinsip saya senang saja, buat filem ikut citarasa penonton dan mendapat keuntungan daripada situ. Sebab itulah saya adakan majlis penyampaian bonus filem kepada mereka yang terlibat yang saya namakan konsep kongsi rezeki.
"Pada tahun ini, kakitangan paling cemerlang akan mendapat sebuah Toyota Camry sempena sambutan Aidilfitri manakala yang lain-lain akan mendapat bonus hari raya berkat daripada keuntungan filem lebih daripada RM21.4 juta," ujar David Teoh ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Dataran Karyawan Finas, Hulu Kelang.

Baginya, Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang lebih bermakna berbanding sambutan Hari Raya Cina kerana lebih 80 peratus daripada pekerjanya beragama Islam.
"Saya lebih banyak bagi bonus pada Aidilfitri berbanding Raya Cina. Duit banyak habis," ujarnya berseloroh.

Rezeki David Teoh semakin murah apabila kebanyakan filem yang diterbitkannya mendapat pulangan yang cukup lumayan dan kutipan box office. Tidak kisah andai filemnya tidak mendapat sebarang anugerah, namun tidak sekali-kali dirinya memperkecilkan pengiktirafan tersebut kerana setiap individu mempunyai persepsi tersendiri.

"Saya cukup berbangga sekali apabila filem Congkak mendapat jumlah penonton paling ramai di Singapura sejak filem Malaysia disiarkan di sana. Pada tahun ini sebanyak empat filem mendapat kutipan box office antaranya Congkak, Senario Episod 1, Jangan Pandang Belakang Congkak dan Jangan Tegur. Saya kini mensasarkan 100 buah filem dan kemungkinan akan mencapaikan sebelum menjelang 2020," katanya yang sehingga kini telah menerbitkan 37 buah filem.
Pada majlis tersebut, David Teoh menyampaikan bonus kepada pekerja yang dirasakan ikhlas dan komited dalam kerjaya mereka di mana bonus tersebut terdiri daripada RM3000 hinggalah RM150,000.

hUBunGAn kAMi tAk dIRancaNG tetAPi ikhLas..


"Kalau ikutkan sudah beratus hari saya mencari isteri. Tapi bakal isteri saya memang hot," ujar Fahrin berseloroh.
Itulah kata-kata yang keluar dari mulut jejaka idaman Malaya, Fahrin Ahmad mengenai teman barunya, Scha Alyahya.
"Orang tua pernah berpesan kepada saya jika berkawan jangan lama-lama, nanti jadi perkara yang tak elok. Saya ambil iktibar daripada pengalaman lalu dan ada benarnya pesanan itu. Lagipun umur saya sudah 30 tahun, jika diberi pilihan saya akan tamatkan zaman bujang bersama Scha kurang daripada dua tahun.

"Setiap apa yang berlaku sebelum ini merupakan proses pembelajaran. Apa yang dapat disimpulkan hubungan kami berjalan tanpa dirancang namun ikhlas," ulas Fahrin jujur.
Fahrin antara teman yang paling memahami Scha tatkala temannya itu dirudum kesedihan dan sering dibayangi bekas teman tapi mesra Fahrin, Linda Onn.
"Memang saya sudah lali dikaitkan sebegitu rupa namun dalam hal ini, saya paling kasihankan Scha. Kenapa masih nak kaitkan dengan Linda sedangkan hubungan itu sudah lama terputus. Saya lihat tekanan media kepada Scha sangat berat. Nilai berita yang ada pada Scha sangat tinggi sehinggakan hampir setiap hari ada sahaja berita mengenainya dikeluarkan.

"Saya hanya mampu menyokong dan menasihatkannya ini adalah harga yang harus dibayar setelah bergelar artis. Namun janganlah sampai mengorbankan diri. Saya beritahu dia kalau awak tengok ini sudah cukup berat, akan ada lagi yang lebih hebat daripada ini," katanya yang berpakaian sedondon dengan Scha.

Hubungan cinta mereka dikuatkan lagi dengan gandingan bersama dalam Sehati Berdansa.
"Sejujurnya saya amat terperanjat apabila tahu akan digandingkan bersama Scha kerana saya ingatkan Linda Onn masih dikekalkan. Saya harap peminat dapat melihat ini dari sudut perkembangan positif dalam kerjaya kami berdua. Mungkin ini juga adalah kesinambungan daripada iklan Celcom kami namun saya bersyukur kerana masih dikekalkan.

"Saya memang agak resah apabila pihak Astro luahkan keinginan hasrat untuk mengambil Scha menggantikan Linda, namun saya serahkan kepada Scha untuk membuat keputusan. Cuma harapan terbesar agar perkara ini tidak dijadikan bahan spekulasi atau provokasi," kata Fahrin.
Fahrin menegaskan dirinya pernah melalui pengalaman yang mencabar dalam percintaan, dan tidak gusar jika terjadi perbalahan sekiranya digandingkan bersama.
"Jika cabaran dan dugaan berada pada tahap yang sama, saya pasti dapat pikul berdasarkan kepada pengalaman lalu," ujarnya sambil tersenyum.

uMIe aIDA sELamAT bErtUnaNG...


Umie diapit ibu (kanan) dan bakal mentua (kiri).

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati si ibu apabila anak perempuan yang dikandung bergelar tunangan orang setelah 36 tahun hidup tanpa insan bergelar lelaki.
Begitulah harapan ibu kepada aktres Umie Aida apabila anak gadisnya itu telahpun berjumpa jejaka pilihan hatinya setelah sekian lama hidup solo.
Bagi pemilik nama Umi Kalsom Rahmad atau lebih dikenali dengan nama Umie Aida, perkenalan dengan sang jejaka lima bulan lepas telah membuka hatinya yang selama ini terkatup rapat untuk mana-mana lelaki.
Tentunya pilihan hati Umie bukanlah calang-calang kerana setelah berjaya menambat hati pelakon popular ini, pasangan merpati dua sejoli ini bakal melangsungkan perkahwinan selewat-lewatnya awal tahun depan. Satu masa yang cukup singkat dan berani diambil, namun menurut Umie hatinya telah terpaut pada sikap pemalu dan komited yang ditunjukkan Datuk Khairudin Abu Hassan yang lebih mesra digelar ‘abang’ olehnya.


Wajah ceria bakal isteri orang.

Abang merupakan teman bisnes Erma tapi kami memang tak pernah bercakap sebelum ini. Saya hanya mengenalinya apabila beliau banyak membantu semasa arwah ayah sakit. Saya tak berani nak puji lebih-lebih tapi setakat ini saya nampak kesungguhannya memikul tanggungjawab.
“Karakter abang memang sangat berbeza dengan saya. Dia seorang yang pemalu dan saya pula sebaliknya. Mungkin ini salah satu tarikan yang ada pada dia.

“Saya akui agak seriau juga nak lepaskan kebebasan yang dikecapi selama ini namun dia bijak membuatkan saya faham erti komitmen yang harus dipikul. Memang saya tak ada impikan perkahwinan yang bagaimana kerana sejak dulu lagi saya telah tetapkan untuk tidak berkahwin namun jodoh di tangan tuhan,” ujar Umie anggun mengenakan persalinan berwarna biru.
Majlis diadakan di kondominium mewah hadiah sempena perkahwinannya nanti. Perhubungan ini juga diterima baik kedua-dua anak Umie, Mohd. Daniel Firdaus, 15 dan Mohd. Dzulhelmy, 14 yang menyifatkan bakal ayah mereka seorang yang sangat mengambil berat dan baik.

antara tetamu yang hadir...

Tuesday, September 1, 2009

AniMAsi UpIN & iPIn...


Filem animasi terhebat yang begitu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat adalah filem animasi terbaru Upin & Ipin. Cerita ini mula diperkenelkan di tv9 yang menceritakan tentang kehidupan kanak-kanak yang bernama upin dan ipin. Mereka hidup dalam sebuah keluarga yang harmoni bersama opah dah kakaknya. Upin dan Ipin berjudul Geng: Pengembaraan Bermula di TGV, One Utama. Memang best movie ni! Bagi mereka yang belum tahu lagi, hari ini 12 Februari 2009 adalah hari pertama tayangan filem ini yang dibangunkan oleh syarikat produksi tempatan, Les Copaque Production Sdn Bhd. Siri Upin dan Ipin telah mencuit hati warga Malaysia sejak 2 tahun lepas lagi dan kini syarikat tersebut mengorak langkah lebih jauh dengan menerbitkan filem animasi ini.
Khabarnya kos produksi dianggarkan Rm4 juta dan mendapat kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Kerajaan Malaysia dan beberapa lagi syarikat swasta tempatan. Filem ini mengisahkan tentang misteri yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya… Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Berjayakah mereka merungkai misteri yang melanda penduduk Kampung Durian Runtuh? Semua ini boleh anda saksikan di pawagam yang berhampiran anda. Permulaan cerita pun sudah mencuit hati bemula dari perjalanan Badrol dan Lim untuk berjumpa Tok Dalang, datuk kepada Badrol di Kampung Durian Runtuh, ditambah pula dengan gelagat comel Upin dan Ipin sememangnya menjadikan jalan cerita filem ini cukup kemas dan teratur. Apa yang boleh saya katakan di sini, jangan balik dulu sebelum movie tersebut tertera perkataan “Habis”, maksudnya The End la tu kerana ada beberapa gelagat yang masih menjadi persoalan akan terjawab. Hehe… Filem ni memang lengkap, semua ada dari gelak ketawa, serius dan juga babak-babak air mata. Para penonton memang tak kering gusi sepanjang tayangan melihat telatah Upin dan Ipin dan rata-rata mereka amat berpuas hati dengan filem ini. Apapun, bagi mereka yang belum lagi menyaksikan filem animasi terbaik Malaysia ini, cepat-cepat la ke pawagam sekarang.
Bagi saya, filem ini adalah filem animasi terbaik keluaran anak tempatan pernah saya tonton dan tak mustahil lah filem ini turut mendapat sokongan dari Walt Disney. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa filem ini adalah antara yang terbaik dan setanding dengan filem animasi Hollywood yang lain. Saya bagi 5 bintang la untuk filem ini. Best giler !!! Hantu Durian Kalau anda masih ragu-ragu lagi, saksikan thriller ini. Pasti anda akan kagum dengan hasil kerja Les Copaque ini.

SALAH SATU BABAK ANIMASI DALAM DRAMA UPIN DAN IPIN

rEALITY SHOw...pE kaTa ANda???

PROGRAM REALITI

Pada masa kini begitu banyak program realiti terbitan pihak awam mahupun swasta. Salah satunya adalah program MENTOR, AKADEMI FANTASIA, MY STARZ LG, ANAK WAYANG, PILIH KASIH dan banyak lagi program reality yang telah dihasilkan untuk mendapat seorang bakat seni baru yang akan meneruskan perjuangan dalam bidang seni masing-masing. Melalui program yang telah diwujudkan ini, pelbagai kesan yang wujud samada positif atau negatif. Kasan baik yang wujud akibat daripada adanya aktiviti ini adalah ramai bakat baru yang dihasilkan melalui pelbagai program yang telah dianjurka, disamping itu juga bakat baru ini begitu berkualiti dari setiap segi atau kritiria yang dikehendaki sebagai penyanyi contohnya Stacy, Aizat, Adam , Faizal tahir dan ramai lagi artis yang lahir dari program reality yang telh Berjaya memenangi beberapa anugerah samada di dalam atau di luar negara.

Video artis program realiti yang Berjaya dalam kariernya.

LaGak PenyANyi TeMPataN...

BIDANG NYAYIAN TERUS UNGGUL

Nama-nama penyanyi seperti Ziana Zain , Siti Nurhaliza, Sarah , Faizal Tahir, Adam dan ramai lagi artis Malaysia yang berbakat telah wujud di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa para penyanyi di Malaysia mempunyai bakat yang begitu bagus dan gempak dalam bidang nyanyian, contohnya Datuk Siti Nurhaliza yang begitu popular sehingga kini walaupun beliau sudah bergelar seorang isteri.Dengan status itu tidak menghalang beliau dari yerus unggul untuk menyertai pelbagai bidang nyanyain yang telah di anjurkan oleh mana-mana pihak. Selain itu juga Faizal Tahir adalah seorang artis yang begitu berbakat besar yang telah lahr daripada program reality iaitu ONE IN A MILLION. Bakatnya begitu menyerlah dalam bidang ini buktinya beliau telah memenangi pelbagai anugerah yang telah disertai olehnya.

ReNTak pELakon MalaYSia...

FILEM MELAYU TERUS UNGGUL

Pelbagai judul filem yang telah diterbitkan untuk memberikan hiburan di malaysia. Salah satunya adalah TALENTIME. Filem arahan Yasmin Ahmad ini akan menemui penonton pada 26 Mac 2009 nanti di seluruh negara. Berikut adalah sinopsis filem Talentime ini.

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati – Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah. Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak.


Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh. Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri.

Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya?

Di malam Talentime, segalanya terungkai.



Saksikanlah fileM ini yang akan memberikan pengajaran sambil menerapkan nilai-nilai murni yang boleh diambil iktibar oleh masyarakat kita.Seperti yang telah kita ketahui juga bahawa pengarah filem kesayangan kita, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman. Kejadian ini merupakan suatu kehilangan yang besar dalam industry flem tempatan, kerana beliau merupakan seorang wanita yang begitu berwibawa dan berkebolehan dalam menghasilkan setiap filem melayu. Disamping beliau juga sering memenangi setiap anugerah filem yang dipertandingkan. Baru-baru ini beliau telah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia yamg telah diadakan da UMS Sabah.Diharap karya allahyarham terus diungguli di mata masyarakat

bISIk-Bisikkk..

MANJANYA IRMA DISISI NABIL


Baru-baru ini Muda dapat satu info pasal kemesraan pasangan Nabil dan Irma Hasmie. Nak tahu kat mana? Di dalam kapal terbang!
Kawan Muda kebetulan ada dalam pesawat yang sama dinaiki oleh mereka ke Perth, Australia. Benarlah memang Nabil ada penggambaran program TV di sana. Eh! Irma ikut sama ke? Emmm... Lu Pikirlah Sendiri.



"Saya ada nampak Nabil dan Irma dalam kapal terbang tu. Mereka duduk di tempat duduk belakang. Agaknya nakkan privasi lah tu. Nabil tu pakai baju yang siap ada tutup kepala dan pakai kaca mata hitam. Agaknya tak mahu dikenali lah tu gamaknya.
"Kat dalam kapal terbang tu ramai orang Malaysia, tutup macam mana pun orang akan kenal juga, diakan artis popular," kata kawan Mangga Muda yang menghubungi Muda.
Apabila dah nampak mereka duduk berdua, kawan Muda pun usha-usha lah mereka. Ada juga ternampak aksi manja Irma yang baring di riba Nabil. Yalah penat agaknya sebab perjalanan ke Perth tu makan masa berjam jam lamanya.Semoga mereka berbahagi selalu dan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.




ABBY ABADI DAH ADA PENGGANTI??





Wah, semenjak dua ni Mangga Masam perasan dalam laman sesawang sosial Facebook menjadi tempat Abby Abadi mencurahkan perasaan. Bukan itu sahaja, kadang-kadang Masam rasa macam Abby nak berkongsi statusnya kini tapi beliau malu-malu.



Apalah nak dimalukan cik Abby oi? Awak tu single hot momma! Dah la single, available lagi tambahan semenjak dua ni Masam pun perasaan seri muka Abby kian naik. Ada apa-apa ke? Baru beberapa hari lepas status Abby dalam Facebook mengatakan It's Complicated atau kalau diterjemahkan, Susah Nak Cakap. Hari ni Mangga Masam perasan dah tukar pula ke In a relationship.
Baguslah Abby. Awak muda lagi, tak salah kiranya mendapat pengganti. Cuma peminat macam Masam je lah gigit jari! Bila nak perkenalkan kepada kami siapakah gerangannya yang berjaya menambat dan mengubat hati Abby yang lara tu?

KAMAL ADLI GANTI ZULHUZAIMY

Teater Impak Maksima The Musical akan dipentaskan di Singapura selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Tapi nampaknya untuk pementasan itu, barisan pelakonnya bertukar.
Dengar-dengarnya bukanlah kehendak produksi di sini, sebaliknya pemilihan oleh pihak di Singapura yang mahu menukar beberapa pelakon untuk kesesuaian dengan kehendak mereka. Antara nama popular yang digugurkan ialah Zulhuzaimy dan Dynas.

tENtanG dIRiku...




assalamualaikum...ape khabar semua, saya Norhasmayanti bt Mohamad .Saya berasal dari Pasir puteh kelantan, pernah tak pergi kat sana, kalau tak pernah memang rugi kerana kat sana begitu menarik sekarang saya belajar kat UUM dan mengambil program Teknologi Media. Pelbagai bentuk perkara saya dapat belajar melalui program ini salah satunya subjek komunikasi interaktif.Dalam blog saya ini saya telah memilih tajuk hiburan yang akan menerangkan serba sedikit cerita kehidupan artis Malaysia disamping menerapkan eleman-eleman interaktif dalam blog ini.

Saya berasal daripada keluarga yang sederhana jadi saya akan belajar dengan bersunguh-sungguh supaya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya..insyallah..

Disamping itu juga dalam blog ini saya akan menerangkan tentang eleman-eleman multimedia.Eleman-eleman ini terdiri daripada video, audio, teks, animasi dan grafik.
Grafik berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, yang bertujuan untuk penjenamaan, pemberitahuan, ilustrasi dan juga hiburan.
Contoh grafik adalah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, tipografi, nombor, symbol, reka bentuk geometri peta. Lukisan kejurutaan, dan imej-imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.Ia boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia yang sebenar.

Audio pula adalah kesan bunyi yang ringkas ia dikeluarkan melalui gelombang-gelombang melalui udara.Antara fail audio yang digunakan adalah .WAV dan .AIF yang sering dimainkan di internet tetapi ia kurang di minati kerana factor seperti saiz fail yang besar dan mengambil masa yang panjang.Selain itu, audio ini beroperasi berdasarkan teknologi pindah terima atau downloading dan bukannya streaming.Antara jenis audio ialah Audio Analog dan Digital contohnya adalah perakam kaset audio dan Cd.Media simpanan antara kedua-dua ini adalah sama.Selain itu formay fail audio adalah WAV, AIFF, MID, SPD Dan MP3

Video bermaksud teknologi elektronik untuk ‘capture’, rekod, memproses, storan, ‘trnsmit’ dan pembinaan semula dalam bentuk imej mengikut system rangkaian atau bersiri. Ia digunakan untuk menyusun gambar yang bergerak megikut frame yang bertujuan untuk system penyiaran dan merupakan satu perangkat yang berfungsi sebagai penerima gambar dan suara .Video terdiri daripada Analog Video yang digunakan oleh transmisi storan seperti Video Tapes, VHS, Filem dan Hi- 8 Tapes.
Video yang digunakan telah bertindak atau berperanan sebagai satu cara yang begitu berkesan untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat.Antara jenis-jenis file video adalah MOV (Quit Time Mode), AVI (Audio Video Interleave), RM (Real Video),WMV(Windows Media), MPG &MPEG (MPEG), dan FLV (Flash Video)

Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.

Teks pula adalah satu bentuk tulisan yang ditunjukkan untuk menggambarkan sesuatu maksud. Setiap jenis tulisan dipanggil typeface atau lebih spesifik dikenali sebagai bentuk tulisan. Tulisan ini mempunyai pelbagai jenis seperti times new roman, calibry, centry gothic dan sebagainya, dalam blog ini saya telah menggunakan tulisan jenis times new roman. Selain itu font juga diberikan penekanan yang penting kerana ia membantu kecantikan sesuatu tulisan tersebut. Font adalah saiz tulisan yang digunakan dalam blog ini. Saya telah menggunakan font yang bersaiz 11 untuk menyesuaikan jenis tulisan yang saya telah gunakan.